Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kepada semua Ahli WENA Malaysia:
YM/YB/ YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan/Cikpuan
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WENA KALI KE LIMA BELAS (15)
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan WENA kali ke lima
belas (15) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 28hb Julai 2017 (Jumaat)
Masa Pendaftaran : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Saffron, Restoran Felda D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur
Google Map : http://bit.ly/agmwena1
Waze : http://bit.ly/agmwena2
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan dasar Presiden WENA Malaysia
2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang ke empat belas (14)
3. Membentangkan dan menerima laporan dan aktiviti-aktiviti tahunan WENA bagi sesi Ogos 2016 hingga Jun 2017.
4. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2016 yang telah diauditkan.
5. Membahaskan usul-usul.
6. Lain-lain hal.
7. Penangguhan mesyuarat.
Bagi Ahli WENA Berdaftar yang belum menjelaskan yuran keahlian bagi tahun 2017, boleh menghubungi Cik Maizura (Sekretariat) di 010-4000 434 untuk membuat pembayaran.
Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/CikPuan adalah amat dihargai dalam menjayakan mesyuarat ini. Dengan ini, kami memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan/CikPuan untuk memulangkan kembali Borang Usul dan Borang Kehadiran di bawah kepada secretariat.wena@gmail.com selewat-lewatnya pada 21 Julai 2017. Pendaftaran dan usul juga boleh dibuat secara atas talian melalui http://bit.ly/DaftarAGM dan http://bit.ly/UsulAGM
Sebarang persoalan boleh diajukan kepada Sekretariat WENA, Cik Maizura melalui telefon/SMS/Whatsapp di 010-4000434.
Kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/CikPuan amat kami hargai.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
NORFAZIEAN MOHD NOOR
Setiausaha
Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA)