Mesyuarat Agung Tahunan WENA kali ke-15

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada semua Ahli WENA Malaysia:

YM/YB/ YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan/Cikpuan

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WENA KALI KE LIMA BELAS (15)

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan WENA kali ke lima
belas (15) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb Julai 2017 (Jumaat)
Masa Pendaftaran : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Saffron, Restoran Felda D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur

Google Map : http://bit.ly/agmwena1
Waze : http://bit.ly/agmwena2

 

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan dasar Presiden WENA Malaysia
2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang ke empat belas (14)
3. Membentangkan dan menerima laporan dan aktiviti-aktiviti tahunan WENA bagi sesi Ogos 2016 hingga Jun 2017.
4. Membentangkan dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2016 yang telah diauditkan.
5. Membahaskan usul-usul.
6. Lain-lain hal.
7. Penangguhan mesyuarat.

Bagi Ahli WENA Berdaftar yang belum menjelaskan yuran keahlian bagi tahun 2017, boleh menghubungi Cik Maizura (Sekretariat) di 010-4000 434 untuk membuat pembayaran.

Kehadiran YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/CikPuan adalah amat dihargai dalam menjayakan mesyuarat ini. Dengan ini, kami memohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan/CikPuan untuk memulangkan kembali Borang Usul dan Borang Kehadiran di bawah kepada secretariat.wena@gmail.com selewat-lewatnya pada 21 Julai 2017. Pendaftaran dan usul juga boleh dibuat secara atas talian melalui http://bit.ly/DaftarAGM dan http://bit.ly/UsulAGM

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada Sekretariat WENA, Cik Maizura melalui telefon/SMS/Whatsapp di 010-4000434.

Kerjasama YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan/CikPuan amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
NORFAZIEAN MOHD NOOR
Setiausaha
Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA)

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?