
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 APRIL 2022
The Academy For Women Entrepreneurs (AWE) adalah inisiatif White House yang dirancang untuk memperkasa sekurang-kurangnya 50 juta wanita di seluruh dunia menjelang 2025 untuk memenuhi potensi ekonomi mereka, dan dengan berbuat demikian, peningkatan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran untuk semua dapat diwujudkan. AWE yang berasaskan program latihan atas talian, DreamBuilder, yang dibangunkan oleh Thunderbird School of Global Management dari Arizona State University. Program ini melengkapkan wanita dengan skil yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri, mengumpulkan modal, dan membina jaringan berkesan dengan pemilik perniagaan yang sudah berjaya. DreamBuilder boleh didapati di lebih daripada 65 negara, dengan lebih 100,000 pelajar di seluruh dunia.
BAGAIMANA IA DIJALANKAN:
Program ini akan berlangsung dari June 2022 – April 2023 di lima negeri: Terengganu, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur/Selangor. Kami mencari 70 usahawan wanita untuk mengikuti program perkembangan perniagaan selama 10 bulan. Anda perlu melengkapkan semua modul latihan atas talian dan mengikuti latihan dan mentoring selama 6 bulan untuk melayakkan anda mendapat pinjaman mikro tanpa faedah.
Program bersama mentor selama 6 bulan ini akan membantu anda meningkatkan perniagaan anda.
Garis Panduan Program:
Modul 1 – Orientasi Program
Modul 2 – Memulakan Impian Anda
Modul 3 – Meneroka Impian Anda
Modul 4 – Merancang Impian Anda
Modul 5 – Menjadikan Impian Anda
Modul 6 – Memasarkan Impian Anda
Modul 7 – Harga dan Keuntungan dari Impian Anda
Modul 8 – Menjual Impian Anda
Modul 9 – Membiayai Impian Anda
Modul 10 – Menjejaki Impian Anda
Modul 11 – Pitching Perniagaan
Modul 12 – Penjenamaan Peribadi & Rangkaian
Modul 13 – Graduasi
SEBELUM ANDA MEMOHON:
Syarat kelayakan asas adalah:
- Warganegara Malaysia – wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
- Menjalankan perniagaan mikro sekurang-kurangnya 6 bulan atau anda adalah usahawan wanita yang bercita-cita tinggi dengan idea bisnes atau permulaan perniagaan yang sesuai.
- Berkomited untuk melengkapkan semua 13 modul DreamBuilder atas talian dan dapat menyertai bengkel dan sesi mentor WENA.
- Mempunyai pemikiran maju dan keinginan yang kuat untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya.
Calon yang terpilih akan diberitahu melalui e-mel dan panggilan telefon atau pesanan ringkas.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
Emel : secretariat.wena@gmail.com
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 APRIL 2022
Brought to you by WENA, an implementing partner of the US Embassy Kuala Lumpur’s Academy For Women Entrepreneurs.