Academy For Women Entrepreneurs (AWE) Malaysia Program 2022/2023.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 APRIL 2022

The Academy For Women Entrepreneurs (AWE) adalah inisiatif White House yang dirancang untuk memperkasa sekurang-kurangnya 50 juta wanita di seluruh dunia menjelang 2025 untuk memenuhi potensi ekonomi mereka, dan dengan berbuat demikian, peningkatan kestabilan, keselamatan dan kemakmuran untuk semua dapat diwujudkan. AWE yang berasaskan program latihan atas talian, DreamBuilder, yang dibangunkan oleh Thunderbird School of Global Management dari Arizona State University. Program ini melengkapkan wanita dengan skil yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri, mengumpulkan modal, dan membina jaringan berkesan dengan pemilik perniagaan yang sudah berjaya. DreamBuilder boleh didapati di lebih daripada 65 negara, dengan lebih 100,000 pelajar di seluruh dunia.

BAGAIMANA IA DIJALANKAN:

Program ini akan berlangsung dari June 2022 – April 2023 di lima negeri: Terengganu, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur/Selangor. Kami mencari 70 usahawan wanita untuk mengikuti program perkembangan perniagaan selama 10 bulan. Anda perlu melengkapkan semua modul latihan atas talian dan mengikuti latihan dan mentoring selama 6 bulan untuk melayakkan anda mendapat pinjaman mikro tanpa faedah.
Program bersama mentor selama 6 bulan ini akan membantu anda meningkatkan perniagaan anda.

Garis Panduan Program:

Modul 1 – Orientasi Program

Modul 2 – Memulakan Impian Anda

Modul 3 – Meneroka Impian Anda

Modul 4 – Merancang Impian Anda

Modul 5 – Menjadikan Impian Anda

Modul 6 – Memasarkan Impian Anda

Modul 7 – Harga dan Keuntungan dari Impian Anda

Modul 8 – Menjual Impian Anda

Modul 9 – Membiayai Impian Anda

Modul 10 – Menjejaki Impian Anda

Modul 11 – Pitching Perniagaan

Modul 12 – Penjenamaan Peribadi & Rangkaian

Modul 13 – Graduasi

SEBELUM ANDA MEMOHON:

Syarat kelayakan asas adalah:

  1. Warganegara Malaysia – wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Menjalankan perniagaan mikro sekurang-kurangnya 6 bulan atau anda adalah usahawan wanita yang bercita-cita tinggi dengan idea bisnes atau permulaan perniagaan yang sesuai.
  3. Berkomited untuk melengkapkan semua 13 modul DreamBuilder atas talian dan dapat menyertai bengkel dan sesi mentor WENA.
  4. Mempunyai pemikiran maju dan keinginan yang kuat untuk membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya.

Calon yang terpilih akan diberitahu melalui e-mel dan panggilan telefon atau pesanan ringkas.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:


Emel : secretariat.wena@gmail.com

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 APRIL 2022

Brought to you by WENA, an implementing partner of the US Embassy Kuala Lumpur’s Academy For Women Entrepreneurs.

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2025 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?