WENA tekad ubah stigma wanita tak yakin jual produk

Membimbing usahawan wanita peka dengan teknologi baharu dan membina rangkaian lebih luas menjadi agenda utama Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA) keluar daripada zon selesa.

Presidennya, Nadira Mohd Yusoff, berkata stigma usahawan wanita kurang pandai membawa diri dan berkeyakinan dalam ‘menjual’ produk.

Katanya, beliau bertekad mengubah scenario berkenaan kepada sesuatu yang bersifat lebih terbuka.

Tidak dinafikan, ada sesetengah usahawan wanita itu memang suka memperkecilkan diri sendiri kerana beranggapan perniagaan dijalankan hanyalah bersifat kecil-kecilan dan tradisional.

“Situasi itu membuatkan wanita sukar untuk menembusi pasaran lebih besar apabila mengambil pendekatan seperti katak di bawah gelas.

“Katak di bawah gelas ini membawa maksud, dia dapat melihat perkembangan di sekeliling, tetapi takut untuk membuat perubahan. Jadi itulah yang saya ingin perbetulkan terhadap usahawan wanita ini.

“Kami mahu minda dan pandangan mereka lebih terbuka agar dapat bersaing secara sihat dengan sesiapa sahaja tidak kira perniagaan kecil atau besar,” katanya kepada BH.

Berani berubah

Nadira berkata, masalah kurang menggunakan aplikasi teknologi dan tiada rangkaian kuat antara solusi yang ingin dicapai.

“Tiga tahun manerajui WENA, pelbagai program, latihan dan platform dengan kerjasama agensi berkaitan dianjurkan supaya usahawan wanita ini diberi pendedahan lebih luas untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

“Bila kami mengadakan pelbagai program, ia tidak hanya berhenti setakat itu sahaja kerana setiap ahli boleh terus berhubung dengan rangkaian lain menerusi dalam talian yang boleh diumpamakan seperti pemasaran melalui mulut ke mulut.

“Secara tidak langsung, kami boleh mendisiplinkan usahawan menggunakan teknologi dengan efektif, berkesan dan memperlbagaikan kemahiran,” katanya.

Pelbagaikan inovasi

Tumpuan dalam bidang inovasi yang tidak hanya terhad dalam sesetangah perkara, tetapi ia merangkumi pelbagai bentuk inovasi yang tidak diketahui oleh usahawan wanita ini.

“Kebanyakkan usahawan wanita berniaga dalam kelompok perniagaan yang kompetitif, menjadikan pasaran itu tepu. Justeru, inovasi itu sangat penting.

“Tetapi berlaku sebaliknya, di mana apabila mendengar perkataan inovasi, usahawan wanita ini seolah-olah takut. Inovasi ini bukan sahaja membabitkan teknologi, tetapi dari sudut penjenamaan, pemasaran dan sebagainya.

“Jadi WENA memastikan setiap produk usahawan ini mempunyai nilai tinggi, berdaya saing dan elemen inovasi diguna pakai supaya ia berbeza daripada produk lain,” katanya.

Sasar 5,000 ahli

Sepanjang menerajui WENA, Nadira melihat ramai usahawan semakin berubah daripada perniagaan tradisional kepada sesuatu baharu.

“Apabila perniagaan semakin maju, wanita ini mula menolong dan menyokong usahawan lain. Usahawan yang berniaga di rumah pula sudah ada ejen dan pelbagai lagi,” katanya.

Katanya, beliau berharap dapat mencapai sasaran 5,000 ahli WENA.

“Semua orang perlu memainkan peranan.

“Saya juga berharap sekurang-kurangnya 90 peratus ahli menggunakan teknologi sepenuhnya. 10 peratus usahawan sudah mempunyai jenama yang dikenali di pasaran dan lima peratus pula Berjaya menembusi pasaran ASEAN,” katanya.

 

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?