IKS Belum Bersedia Untuk Cabaran Kelembapan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Kebanyakan industri kecil dan sederhana (IKS) masih lagi belum bersedia untuk berhadapan dengan cabaran kelembapan ekonomi global, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec).

Ini ditunjukkan dalam kaji selidik oleh Smidec semasa suku akhir 2008, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.

Beliau berkata dalam kaji selidik yang dijalankan pada November lepas, kebanyakan IKS menyatakan adalah terlalu awal untuk menilai impak kelembapan ekonomi ke atas perniagaan mereka.

Hafsah berkata Smidec akan memantau perkembangan IKS dan akan mengendalikan satu lagi kaji selidik secepat mungkin untuk menilai kesan terhadap perniagaan mereka tahun ini.

“Untuk IKS yang terlibat dalam sektor eksport, kesan daripada kelembapan ekonomi adalah lebih serius,” kata beliau kepada pemberita di sini, Sabtu.

“Bagaimanapun, dengan pakej rangsangan, IKS adalah lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran ekonomi semasa,” kata beliau.

Mengenai prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2008 yang diumumkan semalam, Hafsah berkata walaupun negara masih lagi belum terjebak ke dalam kemelesetan, pertumbuhan yang menguncup telahpun dirasai.

“Jadi, kita kena awasi prestasi ekonomi dalam suku pertama tahun ini,” kata beliau.

KDNK Malaysia berkembang hanya 0.1 peratus pada suku pertama 2008 daripada 4.7 peratus pada suku ketiga, sekali gus mencerminkan kesan limpahan akan situasi yang semakin teruk ekonomi global.

Hafsah berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian “Karnival Usahawan 2009” yang mengetengahkan produk dan perkhidmatan usahawan wanita di Rumah Puspanita.

Acara itu dianjurkan oleh empat persatuan usahawan wanita terulung negara terdiri iaitu National Association of Women Entrepreneurs Malaysia, Persatuan Wanita Bumiputera di dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati), Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita dan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita).

Hafsah berkata SMIDEC telah mengagihkan RM1.4 bilion pinjaman dan geran kepada usahawan Malaysia di mana kira-kira tujuh peratus atau RM112 juta diberikan kepada usahawan wanita.

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?