Galak suri rumah berniaga

Setahun yang lalu, Anne Ardzi, 32, pernah mengetuk pintu dari rumah ke rumah di sebuah kawasan perumahan elit di Shah Alam, Selangor semata-mata untuk bertanya siapa dalam kalangan mereka mempunyai perniagaan sendiri tetapi hanya dilakukan sekadar hobi.

Langsung tidak terdetik sedikit pun perasaan malu, wanita ini merasakan amat rugi sekiranya dia tidak membawa golongan ini ke peringkat yang lebih tinggi kerana melalui hobi juga wanita boleh menjana pendapatan yang lumayan walaupun bergelar suri rumah.

Dia tahu segala kekangan yang dihadapi wanita-wanita ini kerana tugasnya sendiri di sebuah syarikat latihan kepakaran sebagai jurulatih dan pengalaman mengendalikan pelbagai seminar keusahawanan memerlukan dia berinteraksi dengan ramai usahawan sedia ada.

Akhirnya dia berjaya mengumpulkan bukan sahaja suri rumah, malah golongan profesional, pelajar, dan usahawan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh dalam perniagaan di bawah satu bumbung melalui Persatuan Jaringan Peniaga Wanita(BWN) untuk menggerakkan ekonomi wanita ke tahap yang lebih baik.

Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik ini mempunyai semangat yang luar biasa untuk memotivasikan wanita supaya lebih ke hadapan berdiri sama tinggi dengan usahawan-usahawan lain yang mahukan produk mereka diterima ramai.

“Saya nak semua orang tahu bahawa jika mahu menjalankan sesuatu perniagaan, diri kita sendiri perlu gembira dengan apa yang kita buat supaya kita mempunyai kepercayaan bahawa kita mampu bersaing dengan mereka yang sudah mempunyai nama.

“Situasi yang dialami dalam kebanyakan usahawan wanita sekarang adalah motivasinya sudah ada tetapi bagaimana untuk menyerlah dan berani tampil ke depan untuk mempromosikan produk yang dijual mereka.

“Sebab itulah kita lihat sekarang suri rumah yang berniaga sekadar menjadikannya sebagai hobi dan tidak perlu risau akan keuntungan serta kerugian yang dialami kerana memikirkan kekurangan yang dimiliki untuk berinteraksi dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

BWN kini sudah mempunyai 80 orang ahli yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga bakeri, peniaga online, pengusaha premis pusat tuisyen, pemilik spa, pengusaha kerepek, dan sebagainya.

Program seperti Sembang Santai, Breakfast Meeting, dan Refer Me Program diadakan pada setiap bulan secara berkala bersama ahli-ahlinya bertujuan untuk melakukan perkongsian untuk memantapkan diri masing-masing dalam bidang perniagaan.

“Dalam program Sembang Santai, seorang ahli secara sukarela akan menawarkan diri untuk berkongsi pengalaman sepanjang berniaga dan dari situ akan berlakulah interaksi sesama mereka bagaimana untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah keusahawanan,” katanya.

Galak

Ujarnya, ahli BWN digalakkan untuk berkongsi pelanggan dan ia merupakan satu strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di samping latihan komunikasi.

Dalam pada itu, dia menekankan perkara asas yang perlu dipatuhi oleh usahawan seperti menghargai setiap keuntungan yang diperoleh walaupun sedikit kerana ia akan menjadi kekuatan buat mereka untuk terus berusaha sehingga memperoleh keuntungan yang besar.

“Dalam kita berniaga, kita juga perlu menjaga personaliti dan penampilan supaya dapat menarik keyakinan orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk kita selain menitikberatkan cara percakapan dan penyampaian supaya orang lebih mempercayai kita dan produk,” ujarnya.

Mempunyai perancangan masa depan yang lebih jauh terhadap BWN, Anne berhasrat untuk membangunkan sebuah entrepeneur mall khusus bagi ahli-ahlinya mempamerkan produk masing-masing. Bukan sekadar butik semata-mata, tetapi juga mempunyai pusat perniagaan dalam talian dan pusat latihan usahawan di situ.

Bercita-cita tinggi bagi mencapai hasratnya itu, dia berusaha keras untuk menarik lebih ramai wanita di luar sana mengikuti aktiviti yang dijalankan mereka selain bekerjasama dengan NGO-NGO yang lain seperti Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (WENA) dan Persatuan Peniaga Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (PENIAGAWATI) bagi mengukuhkan jalinan perniagaan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti seminar keusahawanan yang dikendalikannya iaitu Bengkel Praktikal Personal Brand&Image pada 15 Oktober ini boleh menghubunginya melalui emel anne@globalinfinitysol.com.

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?