Bayar guna emas

Georgetown: Dalam usaha mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) memperkenalkan PG Mall iaitu laman sesawang beli-belah dalam talian yang menggunakan sistem pembayaran emas atau ‘Gold Payment System’.

Pelancaran PG Mall Disember lalu sejajar dengan trend teknologi kewangan (fintech) ketika ini di seluruh dunia untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih cekap.

Melalui PG Mall, peniaga boleh meningkatkan perniagaan mereka ke seluruh dunia dengan cepat dan berkesan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, menerusi laman sesawang beli-belah PG Mall, pengguna di seluruh dunia boleh membeli-belah menggunakan GoldCash sebagai bentuk pembayaran tanpa halangan mata wang.

Beliau berkata, Public Gold menawarkan alternatif kepada usahawan bagi mengekalkan keuntungan mereka dalam bentuk emas apabila setiap barangan dijual merujuk kepada harga emas di pasaran semasa.

Menurutnya, setiap pembelian dikira melalui konsep harga satu gram emas bersamaan 100GC (Gold Cash) dan konsep berkenaan mendapat pengiktirafan hak milik cap dagangan dari Singapura.

“Sejak PG Mall diperkenalkan Disember lalu, lebih 5,000 peniaga mendaftar dengan PG Mall dan kami menyasarkan lebih 10,000 peniaga mendaftar tahun ini.

“Setiap barangan dijual dengan harga berpatutan dan pelanggan boleh membeli pelbagai barangan dengan mudah.

“PG Mall menawarkan 50,000 produk termasuk kraftangan, fesyen baju, koleksi kasut, beg tangan dan barangan elektrik dan sebagai tarikan, PG Mall menawarkan diskaun hebat sehingga 80 peratus melalui promosi dalam tempoh tertentu,” katanya.

Katanya, matlamat utama PG Mall ialah mengembangkan produk keluaran tempatan terutama barangan buatan Malaysia dan kraftangan yang menjadi lambang kebanggaan negara menyebabkan PG Mall giat bekerjasama dengan persatuan usahawan tempatan.

Ng berkata, antaranya dengan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (MIEA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Usahanita dan Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita (WENA), sekali gus menyediakan peluang kepada usahawan.

Sumber: hmetro

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 WENA : Women Entrepreneur Network Association Malaysia. All rights reserved.

Log in with your credentials

Forgot your details?